Sunday, 17 February 2013

ANWAR SILAP MAIN.

AL GORE, PLAN FLIGHT TO KL AS SOON

KESILAPAN Anwar Ibrahim di Sabah minggu lalu ialah apabila dia ditabalkan sebagai "Huguan Siou" menggantikan DSP Joseph Pairin Kitingan. Lawatan Mymassa di beberapa tempat di Penampang, Dongongan, Tuaran, Kota Marudu sehinggalah ke Bundu Tuhan di Kundasang menunjukkan masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) marah habis. Ramai yang memarahi Anwar dengan sebutan "Huguan Sial" http://mymassa.blogspot.com/2013/02/anwar-huguan-sial.html

Tiada jalan bagi Anwar memohon maaf, Bumburing pun lepas tangan dengan menyalahkan PKR Ranau. Sebaliknya, PKR Ranau mematikan diri mereka sendiri dengan mengunci rapat mulut mereka, tidak tahu apa nak dijawab.

Akhirnya, Anwar bakal kehilangan 90% undi KDM.

Namun semua orang silap kerana Anwar mempunyai Pelan B di Sabah. Untuk saya, sori Anwar u boleh tipu 2 3 ratus orang, tetapi tidak kepada saya. Saya sangat kenal Anwar Ibrahim.

Pelan B Anwar ialah dengan menghubungi rakan kamcingnya Nur Misuari dan keluarga Waris Kesultanan Sulu supaya membuat gempak di Lahad Datu sempena lawatan DS Najib Tun Razak. Anwar mahu rakyat Sabah membenci Najib. Dalam hal ini, Anwar memberi tugas kepada Tian Chua, manusia Cina yang tak tahu malu, tukang superimpose gambar Perdana Menteri. Suatu perbuatan yang sungguh jijik dan memalukan dibuat oleh seorang yang bertaraf Ahli Parlimen. Kemaluan itu boleh dilihat di sini http://mymassa.blogspot.com/2013/02/eksklusif-fitnah-gambar-sabah-invaded.html

Gagal lagi Anwar Ibrahim menghuru-harakan negara kita di Sabah. Namun, anda jangan fikir Anwar tiada Pelan C. Kali ini Anwar menjemput beberapa orang Ahli Parlimen dan Senator untuk datang ke Malaysia dengan tujuan mengkritik dan memburuk-burukkan Kerajaan kita.

Malang kepada Anwar, Pelan C dia juga gagal. Kerana pihak keselamatan telah pun menangkap dan menghantar pulang Senator Australia itu, yang lain tdak jadi datang. Mereka semua sangat Terkejot Berokk dengan ketegasan rakyat Malaysia.http://www.malaysiakini.com/news/221507

Anwar hanya mampu menulis di dalam blognya, konon negara kita melanggar protokol antrabangsa. Kalau anda pergi ke Amerika, sama ada kamu Ahli Parlimen atau orang ternama, kamu akan diperiksa luar dan dalam di pejabat Imigresen Amerika. Kasut, seluar, beg dan baju kamu dibuka. Di Malaysia, Senator Australia itu sempat berbohong kononnya dia dijel bersama-sama ramai wanita tahanan, walhal dia duduk di meja pejabat Imigresen menanti kedatangan Pesuruhjaya Tinggi Australia untuk dihantar pulang ke Australia.

Anwar melabur berjuta ringgit bodyguard untuk mempertahankan dirinya, namun laman web Anwar pun boleh dimasuki dengan mudah. Maka segala perancangan Anwar boleh dibaca oleh Wikileaks. Insiden Anwar memohon Maaf kepada DS Najib sempena hari raya tempoh hari satu tanda Anwar mengalami kacau bilau minda.http://mymassa.blogspot.com/2012/08/anwar-ulangi-taktik-kena-racun-arsenik.html

Dua minggu yang menakutkan Anwar sudah berlalu. Berjuta wang telah dilabur namun gagal membuahkan hasil.
ANWAR FRIEND

Pelan Anwar seterusnya ialah memanggil sahabat-sahabatnya di Washington khabarnya diketuai Al Gore, pejuang Homoseks Amerika. Di Malaysia, Anwar adalah pejuang LBGT.

Malam ini, kami masih memantau perjalanan Al Gore, jika jadi kami akan maklumkan. Anda perlu memerhatikan Singapore Airline dan China Airlines. Di mana mereka landing masih belum diketahui. Khabarnya NGO yang menanti kehadiran mereka ialah Penang Institute, IKD dan KAS Malaysia serta dibantu oleh IRI.

No comments: